NILAI – Satu pertandingan sketsa berintegriti anjuran Kolej Kediaman Camellia Court telah diadakan di Dataran Kolej Kediaman Nilam Court pagi semalam.                    

        Pertandingan sketsa dalam berbahasa Melayu ini diadakan sempena Minggu Integriti peringkat Kolej Kediaman yang bermula pada 23 – 30 Januari 2008. Pertandingan tersebut diwakili oleh empat buah Kolej Kediaman  iaitu Kolej Kediaman Camellia Court, Kolej Kediaman Nilam Court, Kolej Kediaman Sutera Indah dan Kolej Kediaman Pandan Mewah.                   

         Noor Asmindar Norddin, 22, selaku Pengarah Program tersebut mengatakan, “saya gembira kerana pertandingan ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di samping dapat melihat bakat-bakat baru di kalangan pelajar.”                    

         Pertandingan seperti ini diadakan bertepatan dengan Minggu Integriti yang bertujuan untuk menyemai satu budaya berintegriti berbentuk praktikal serta menjalinkan hubungan yang lebih erat di kalangan penghuni Kolej Kediaman.                   

         Menurut salah seorang Felo Kolej Kediaman Sutera Indah, Muhammad  Marwan Ismail, 29, program seperti ini amat sesuai diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru di kalangan pelajar sama ada pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan.                   

        “Saya dapati ramai pelajar menunjukkan minat dalam pertandingan seperti ini. Oleh itu wajar pertandingan seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang,” ujar Noor Hidayah Sarudin, 22, pelajar Tahun Dua, FEM.                  

           Pertandingan tersebut dimenangi oleh wakil daripada Kolej Kediaman Sutera Indah dan Naib Johan ialah wakil daripada Kolej Kediaman Pandan Mewah. Manakala Kolej Kediaman Nilam Court dan Kolej Kediaman Camellia Court, masing-masing adalah tempat ketiga dan keempat.                 

           Antara program lain yang diadakan sepanjang Minggu Integriti ini adalah Kempen “Camellia Seharum Bunga” dan Kempen “Kenali Universiti Ku”.

Penuh semangat…barisan pelakon sketsa, Kolej Kediaman Nilam Court.

Antara aksi menarik.