NILAI – Pasukan bola jaring Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) ternyata sukar dicabar apabila bergelar johan dengan jaringan 18-17 setelah berentap dengan pasukan daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), dalam Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) 2008 di Kompleks Sukan USIM semalam.                      

          Pertandingan ini yang berbentuk liga kumpulan diwakili oleh lapan buah fakulti dan dibahagi kepada dua buah kumpulan. FKP mewakili kumpulan A manakala FSU dari kumpulan B. Kedua-dua pasukan ini layak ke pusingan akhir selepas masing-masing bertarung dengan pasukan dari FST dan FPBU.            

           Pasukan FSU telah menang dalam kesemua perlawanan sebelum ini.  Walaupun persaingan agak sengit sepanjang perlawanan dan saling berlumba-lumba menjaringkan gol, namun FSU mampu mendahului FKP dengan perbezaan hanya dua mata.           

          “Saya tidak menyangka pasukan FSU boleh menang memandangkan ramai pemain barisan FKP terdiri dari kalangan bekas pemain MASUM, namun dengan semangat yang kuat, kami boleh menang,” kata Nor Adiba Mohamad Jaya, 24, salah seorang pemain barisan pasukan FSU. 

          Menurut beliau lagi, walaupun kebanyakan fakulti telah menghantar wakil yang begitu mantap namun, tidak menghalang mereka sepasukan untuk meraih kejayaan.           

          Pada separuh masa pertama FKP mengungguli gelanggang, tetapi tuah tidak menyebelahi mereka apabila kalah pada pusingan separuh masa terakhir.            

         “Pada mulanya kami berasa yakin akan memenangi pingat emas memandangkan ada di antara ahli kumpulan kami pernah menyertai pertandingan peringkat negeri dan peringkat universiti, jadi kami mempunyai kelebihan di sini,” kata Norlaili Zakaria, 24, penyerang utama pasukan FKP.     

          “Kekurangan latihan dan persiapan dari segi fizikal dan mental menyebabkan pemain cepat letih dan tidak mampu mengawal emosi apabila pihak lawan menggunakan teknik psikologi ketika bermain,” komen Norindah Khairi, 22 selaku penjaring gol pasukan tersebut apabila ditanya sebab kekalahan pasukan mereka.

            Tambah beliau, pasukan mereka yang berlatih tanpa bimbingan jurulatih dan hanya mengambil masa dua hari membuat persiapan sebelum hari perlawanan.

            

             SUFA yang diadakan pada kali ini cukup meriah dengan penambahan beberapa permainan lain berbanding tahun-tahun sebelumnya,” ujar beliau lagi.