Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua…. Semoga korang ceria-ceria selalu di samping orang tersayang. Bagaimana dengan cuti hujung minggu korang? Errmm…best kan? tentu banyak perkara-perkara berfaedah yang dapat kita lakukan.

Kat  sini, aku nak ucapkan salam perkenalan buat semua…., hari ini adalah first day aku kat weblog ni dan pertama kali juga aku belajar buat ‘blog’… seronak juga ada blog ni, macam-macam kita boleh tulis kan….

Tapi hari ni aku tak da pe lagi nak tulis…, aku  just nak  share sedikit kata-kata dengan korang semua…

Kembara insan mencari kebenaran adalah tuntutan fitrah yang murni. Insan yang luhur  jiwanya tidak akan menemui kepuasan sanubari sehinggalah dia menemui jalan kebenaran yang diyakini oleh akal yang matang dan fitrah yang tulus. Kekayaan sekalipun jika dimiliki oleh seorang insan, tidak akan dapat memberikan ketenangan jiwa selagi dia tidak menemui jalan Tuhannya yang sebenar. Demikian itu, disebabkan Allah telah memfitrahkan dalam jiwa insan kehendak kepada kebenaran dan keinginan menyelusuri hidup dengan cara yang diredai-Nya.”

Itulah sahaja kata-kata daripada aku kali ini… semoga menjadi renungan buat korang semua. Ok, semoga ceria selalu… jumpa lagi. bye.

Advertisements