MEMBENDUNG RASA TAKUT & GEMENTAR KETIKA BERUCAP Friday, Apr 18 2008 

Bagi membendung rasa takut dan gementar semasa berucap, berikut adalah 25 langkah yang boleh dijadikan panduan dalam mengatasi masalah anda:

  • Berdoa kepada Tuhan agar anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
  • Tarik nafas dalam-dalam bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan
    dengan orang ramai.
  • Anggap khalayak sebagai rakan anda dan angan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang ramai.
  • Elakkan menjalin pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
  • Datang lebih awal ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual
    dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan apabila anda mila berucap.
  • Jalin hubungan mata dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda atau mengangguk kerana dengan cara itu anda
    tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
  • Yakinkan diri anda akan berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu
    mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
  • Elakkan daripada memegang kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan
    gementar serta tertekan.
  • Cuba hafal kenyataan minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di hadapan.
  • Tanya soalan juga satu cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
  • Buat persediaan yang cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik,
    maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh langkah di hadapan berbanding khalayak.
  • Belatih dan terus berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
    berlatih.
  • Cuba tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar
    muzik.
  • Buat permulaan berdiri di belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan
    tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.
  • Berjalan di tengah khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan
    mereka.
  • Ketahui khalayak anda sebelum tutun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda dengan bahan ucapan, contoh humor dan
    sebagainya.
  • Jangkakan soalan kerana anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
  • Jangan beritahu khalayak mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
  • Elakkan daripada menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan anda kerana ia lebih memberi tekanan.
  • Lakukan senaman kecil seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.
  • Bunuh fikiran negatif dan jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
  • Fokus kepada ucapan dan elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti apa khalayak memikirkan mengenai anda.
  • Awasi cara anda duduk kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.
  • Minum air kosong untuk membasahkan tekak.
  • Bercakap dengan perlahan kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan
    selain memburukkan keadaan.

Mutiara Kata: “Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan”

Bagaimana Orang-orang Berjaya Menghadapi Kritikan Thursday, Apr 17 2008 

 

·        Orang-orang berjaya tahu, kritik adalah sebahagian dari proses mencapai kejayaan. Mereka tahu, mereka takkan dapat mengelak dari menerima kritikan pedas dan yang negatif.

·        Kerana, lebih banyak kejayaan yang mereka capai, lebih banyak kritikan yang mereka terima.

·        Semua pemimpin besar, semua usahawan dan semua selebriti terkenal menerima berjuta kritikan negatif setiap hari. Tetapi mereka tak kisah semua tu, they just keep moving forward!

·        Itulah cara mereka. Ketahanan mental dan kesabaran tinggi amat perlu bila berdepan kritikan negatif. Mereka tahu hal ini, sebab itu mereka tenang saja bila berdepan dengan banyak kritikan dari orang di sekeliling mereka.

·        Usaha mencapai impian memerlukan Anda menjadi berani, tangkas, rajin dan yang paling penting, bijak mengurus kelemahan-kelemahan Anda. Semua orang ada kelemahan, cuma mereka tak berusaha memperbaikinya setiap hari.

·        Jadilah seorang yang rajin berusaha, bermotivasi dan punya misi tersendiri.

·        Susah hati sebab dikritik akan menyebabkan motivasi Anda menurun, kesannya usaha Anda turut ‘down’.

 

Such a good stand upper.. Thursday, Apr 17 2008 

Sesi Muhasabah Thursday, Apr 17 2008 

Motivasi Kejayaan : Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof Thursday, Apr 17 2008 

Study tips Thursday, Apr 17 2008 

Buletin Utama 23/02/08 (5/7) sebaran.com Thursday, Apr 17 2008 

TV3 Nightline News Violence Thursday, Apr 17 2008 

ONE DAY WITH REPORTER Monday, Apr 7 2008 

 

 

A reporter is a person who finds out facts about a story and then writes the story for the newspaper and also investigates and reports or edits news stories. They also are a type of journalist who researches and presents information in certain types of mass media. Reporters gather their information in a variety of ways, including tips, press releases, and witnessing events. They perform research through interviews, public records, and other sources. The information-gathering part of the job is sometimes called “reporting” as distinct from the production part of the job, such as writing articles. (more…)

One Day With Reporter Monday, Apr 7 2008 

Next Page »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.