Part Time Job among USIM’s Students Thursday, Apr 3 2008 

NILAI – Chances are everywhere but depends on the person’s luck. Many USIM’s students do the part time job as initiative to solve their financial problems.     (more…)

“Tong Kitar Semula atau Tong Sampah?” Thursday, Apr 3 2008 

NILAI – “Tong kitar semula atau tong sampah?,” itulah persoalan yang timbul apabila melihat tong kitar semula yang telah dijadikan tong sampah di Pusat Kemudahan Pelajar (PKP), USIM ini.     (more…)

sekadar kenangan…… Wednesday, Mar 5 2008 

“ROKOK: TRENDY, STYLO ATAU PENDEK NYAWA DI KALANGAN PELAJAR IPT” Monday, Mar 3 2008 

 Pengenalan   

   

            Merokok sudah menjadi perkara biasa dalam senario dunia kini. Merokok, semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperoleh. Malah pada kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya rokok.  Walau bagaimanapun segalanya dipandang sepi, di mana-mana sahaja kita boleh melihat pelajar termasuklah perempuan berbangga dengan rokok yang tersepit di hujung jari. Malah mereka juga menganggap semua ini ‘cool’, nampak trendy, ada style dan sebagainya. Bukan itu sahaja, angka 4.2 juta orang meninggal dunia kerana rokok yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pada tahun 2002 juga langsung tidak menggerunkan mereka.  Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Tobacco Survey mendapati 20% daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja yang bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20% (Sumber: Berita Harian, 4 November 2006). (more…)

Sketsa Sempena Minggu Integriti Monday, Mar 3 2008 

NILAI – Satu pertandingan sketsa berintegriti anjuran Kolej Kediaman Camellia Court telah diadakan di Dataran Kolej Kediaman Nilam Court pagi semalam.   (more…)

FSU Johan bola jaring Monday, Mar 3 2008 

NILAI – Pasukan bola jaring Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) ternyata sukar dicabar apabila bergelar johan dengan jaringan 18-17 setelah berentap dengan pasukan daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), dalam Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) 2008 di Kompleks Sukan USIM semalam.    (more…)

DEFINITION OF NEWS Monday, Feb 25 2008 

  Ø      “News is that which comes from the North, East, West and South, and if it comes from only one     point on the compass, then it is a class ; publication and not news.” - Benjamin Disraeli

Ø      “News is the first rough draft of history.” - Philip L. Graham

Ø      “News is what the editors say it is,” – Edmund Lambeth (Committed Journalism)

Ø      “The one function that TV news performs very well is that when there is no news we   give it to you with the same emphasis as if there were.” - David Brinkley   

“KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR HARI INI” Friday, Feb 22 2008 

         Disiplin? Adakah disiplin itu penting dalam kehidupan manusia? Disiplin boleh ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang agar berkelakuan baik. Apabila kita menyentuh tentang kemerosotan disiplin, secara spontan kita akan tertumpu kepada golongan pelajar. Jelas terbayang di fikiran kita pelajar ponteng sekolah, bertumbuk dan menghisap rokok. Namun, dewasa ini, pelajar bukan sahaja berani melanggar disiplin sekolah malahan ada di antara mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi anggota kongsi gelap. Adakah disiplin di kalangan pelajar hari ini telah merosot? Jikalau ianya benar, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihkannya kembali dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan disiplin di kalangan pelajar merosot. Disiplin itu sangat penting dalam membentuk peribadi, moral dan akhlak yang tinggi di kalangan para pelajar agar dapat menjadi teraju pemimpin suatu hari nanti. (more…)

nie gambar aku masa pg MPS… Monday, Feb 18 2008 

Image Hosting by PictureTrail.com

first day in weblog…. Saturday, Jan 26 2008 

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua…. Semoga korang ceria-ceria selalu di samping orang tersayang. Bagaimana dengan cuti hujung minggu korang? Errmm…best kan? tentu banyak perkara-perkara berfaedah yang dapat kita lakukan.

Kat  sini, aku nak ucapkan salam perkenalan buat semua…., hari ini adalah first day aku kat weblog ni dan pertama kali juga aku belajar buat ‘blog’… seronak juga ada blog ni, macam-macam kita boleh tulis kan….

Tapi hari ni aku tak da pe lagi nak tulis…, aku  just nak  share sedikit kata-kata dengan korang semua…

Kembara insan mencari kebenaran adalah tuntutan fitrah yang murni. Insan yang luhur  jiwanya tidak akan menemui kepuasan sanubari sehinggalah dia menemui jalan kebenaran yang diyakini oleh akal yang matang dan fitrah yang tulus. Kekayaan sekalipun jika dimiliki oleh seorang insan, tidak akan dapat memberikan ketenangan jiwa selagi dia tidak menemui jalan Tuhannya yang sebenar. Demikian itu, disebabkan Allah telah memfitrahkan dalam jiwa insan kehendak kepada kebenaran dan keinginan menyelusuri hidup dengan cara yang diredai-Nya.”

Itulah sahaja kata-kata daripada aku kali ini… semoga menjadi renungan buat korang semua. Ok, semoga ceria selalu… jumpa lagi. bye.

« Previous Page