“ROKOK: TRENDY, STYLO ATAU PENDEK NYAWA DI KALANGAN PELAJAR IPT” Monday, Mar 3 2008 

 Pengenalan   

   

            Merokok sudah menjadi perkara biasa dalam senario dunia kini. Merokok, semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperoleh. Malah pada kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya rokok.  Walau bagaimanapun segalanya dipandang sepi, di mana-mana sahaja kita boleh melihat pelajar termasuklah perempuan berbangga dengan rokok yang tersepit di hujung jari. Malah mereka juga menganggap semua ini ‘cool’, nampak trendy, ada style dan sebagainya. Bukan itu sahaja, angka 4.2 juta orang meninggal dunia kerana rokok yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pada tahun 2002 juga langsung tidak menggerunkan mereka.  Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Tobacco Survey mendapati 20% daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja yang bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20% (Sumber: Berita Harian, 4 November 2006). (more…)

“KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR HARI INI” Friday, Feb 22 2008 

         Disiplin? Adakah disiplin itu penting dalam kehidupan manusia? Disiplin boleh ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang agar berkelakuan baik. Apabila kita menyentuh tentang kemerosotan disiplin, secara spontan kita akan tertumpu kepada golongan pelajar. Jelas terbayang di fikiran kita pelajar ponteng sekolah, bertumbuk dan menghisap rokok. Namun, dewasa ini, pelajar bukan sahaja berani melanggar disiplin sekolah malahan ada di antara mereka yang terlibat dengan kegiatan jenayah seperti menagih dadah, mencuri, peras ugut serta menjadi anggota kongsi gelap. Adakah disiplin di kalangan pelajar hari ini telah merosot? Jikalau ianya benar, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihkannya kembali dan apakah faktor-faktor yang menyebabkan disiplin di kalangan pelajar merosot. Disiplin itu sangat penting dalam membentuk peribadi, moral dan akhlak yang tinggi di kalangan para pelajar agar dapat menjadi teraju pemimpin suatu hari nanti. (more…)