Pengenalan
Merokok sudah menjadi perkara biasa dalam senario dunia kini. Merokok, semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperoleh. Malah pada kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya rokok. Walau bagaimanapun segalanya dipandang sepi, di mana-mana sahaja kita boleh melihat pelajar termasuklah perempuan berbangga dengan rokok yang tersepit di hujung jari. Malah mereka juga menganggap semua ini ‘cool’, nampak trendy, ada style dan sebagainya. Bukan itu sahaja, angka 4.2 juta orang meninggal dunia kerana rokok yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pada tahun 2002 juga langsung tidak menggerunkan mereka. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Tobacco Survey mendapati 20% daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja yang bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20% (Sumber: Berita Harian, 4 November 2006). (more…)
