“ROKOK: TRENDY, STYLO ATAU PENDEK NYAWA DI KALANGAN PELAJAR IPT” Monday, Mar 3 2008
Feature writing 8:33 am
Pengenalan
Merokok sudah menjadi perkara biasa dalam senario dunia kini. Merokok, semua orang tahu akan kesan buruk perbuatan tersebut kerana kini segala informasi tentangnya mudah diperoleh. Malah pada kotak rokok itu sendiri pun turut ditulis amaran bahaya rokok. Walau bagaimanapun segalanya dipandang sepi, di mana-mana sahaja kita boleh melihat pelajar termasuklah perempuan berbangga dengan rokok yang tersepit di hujung jari. Malah mereka juga menganggap semua ini ‘cool’, nampak trendy, ada style dan sebagainya. Bukan itu sahaja, angka 4.2 juta orang meninggal dunia kerana rokok yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia(WHO) pada tahun 2002 juga langsung tidak menggerunkan mereka. Kaji selidik yang dilakukan oleh Global Youth Tobacco Survey mendapati 20% daripada pelajar yang berumur 13 tahun hingga 15 tahun adalah perokok, manakala remaja yang bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20% (Sumber: Berita Harian, 4 November 2006). (more…)
Sketsa Sempena Minggu Integriti Monday, Mar 3 2008
News 8:19 am
NILAI – Satu pertandingan sketsa berintegriti anjuran Kolej Kediaman Camellia Court telah diadakan di Dataran Kolej Kediaman Nilam Court pagi semalam. (more…)
FSU Johan bola jaring Monday, Mar 3 2008
News 8:06 am
NILAI – Pasukan bola jaring Fakulti Syariah Undang-Undang (FSU) ternyata sukar dicabar apabila bergelar johan dengan jaringan 18-17 setelah berentap dengan pasukan daripada Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), dalam Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SUFA) 2008 di Kompleks Sukan USIM semalam. (more…)


